Khamis, 11 September 2008

Wira Jagat.

Seorang wira sejati tetap menampilkan watak wira biarpun dihukum. Digantung tiga tahun bukan membawa maksud dihukum mati. Pendiriannya tetap teguh. Suaranya tetap lantang. Melayunya tetap tulen. Dia tetap waris seorang wira jagat. Tidak tergugat pendirian. Anak jantan jati. Biarlah dihukum tetapi tetap dijulang sebagai salah seorang wirawan Melayu 2008.

Jika Datuk Ahmad Ismail didakwa atas akta hasutan maka kita berdoa agar dia akan dibela oleh anak Melayu. Dan seluruh umat Melayu yang sedar kepentingan maruah Melayu patut kutip RM1.00 untuk 'tabung bela' Datuk Ahmad Ismail. Bukan dia tidak mampu dan tidak mempunyai wang untuk membela dirinya, dia memang mampu tetapi RM1.00 untuk sokong seorang wira Melayu, setidak-tidaknya berupaya mempamerkan kebangkitan orang Melayu yang 'jantan-jantan'. 'Umno Bukit Bendera' buka tabung. Cari kaedah mudah untuk orang ramai menabung. Hanya RM1.00 daripada seorang umat Melayu untuk seorang umat Melayu yang menjadi wira ketika kita dihantui kekoroan. Pasti boleh. Melayu Boleh.

3 ulasan:

yiemega berkata...

Tuan Mansaari,

Saya bersetuju dengan cadangan penubuhan tabung tersebut,

saya akan cuba bincangkan mengenainya di blog saya.

http://www.suaragenerasimuda.com

HIDUP PEMBELA MELAYU SEJATI

Sutera Timur berkata...

SANGAT BE RSETUJU TETAPI BAGAIMANA H ENDAK MEMBAYARNYA....HARAP DAPAT JELASKAN....

ManSaari berkata...

Terima kasih untuk anak jantan melayu. Yiemega dan sutera timur, terima kasih kerana sokongan. Saya kira Umno Bahagian Bukit Bendera patut ambil inisiatif. Elok kita war-warkan untuk semua bloger.

UMNO Bahagian Bukit Bendera patut buka akaun khas 'tabung pembelaan Ahmad Ismail' tetapi kini masih terlalu awal kerana pertuduhan belum dibuat. selamat berjuang.