Nyanyuk. Latah. Kantoi. Teresa Kok gelabah. Gabra. Silap salak terkena selak. Tersingkap segala yang dikelumbungi. YB DAP ini ada niat untuk mencela. Menghina. Fokus ialah Melayu Islam. Demikianlah apabila minda ditimbuni sampah kotor. Busuk. Yang disalak dan diselak hanya tentang agenda memperlekehkan kepimpinan Melayu dan Islam.
Inilah pemimpin yang ghairah meminjam pinggan mangkuk tetapi tidak memasak. Apabila lapar ambil sudu pukul kuali dengan harapan agar jejiran tahu dia sedang memasak. Tetapi kuali pecak. Akhirnya arang terpalit ke muka. Siapa yang menyalak dan menyelak wanita Cina kalau bukan Teresa Kok. Dialah yang menyibuk mencungkil, mencari silap dan mencari cacat-cela. Dibalingnya batu, tangan disembunyikan. Sama seperti isu ISA, lokap, makanan dan anjing. Jom kita fokus kepada jawatan Exco Teresa Kok dalam kerajaan Selangor. Apa yang beliau perjuangankan? Dan apa yang sedang beliau laksanakan. Dia tidak sedar bahawa dia juga adalah pemerintah yang tentunya berhadapan dengan pembangkang. Kalut mencari kecomotan orang lain, akhirnya baju di badan sendiri terkoyak menjadi cemuhan dan sindiran gurau.
Kalau hendak berkayak, berkayaklah ke pulau jangan berkayuh merentas benua.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan