Hari ini darah amarah agak reda sedikit. Teresa Kok, Tan Hoon Cheng dan Raja Petra diseret untuk istirahat ke ISA. Elok. Inilah pengorbanan dan kejantanan Ahmad Ismail. Akhirnya lahirlah beberapa jantan yang berani bertindak. Ini sepatutnya telah lama berlaku. Lama dulu. Semasa Hindraf menunjuk lagak samseng di jalanan. Semasa Teresa Kok berkokok tentang isu larangan azan dan isu tulisan jawi diganti dengan tulisan Tamil serta tulisan Cina. Dia guna sudu untuk mencedok isi tetapi dihulurnya garpu untuk kita menceduk kuah.
Petang ini biarlah saya berbuka dengan roti canai Mahathir dan masih mengunakan tangan kanan. Saya masih tetap sebagai orang Melayu yang kekal mewarisi budaya dan identiti Melayu yang menjunjung bumi negara yang dahulunya ialah Semenanjung Tanah Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan