Sebermula Pak Lah itu bukan lagi terkejut tetapi mula terkentut apabila anggota kabinetnya mula tunjuk jantan. Sebenarnya Pak Lah terlalu lama lena maka kerana itu beliau tidak berkesempatan untuk membaca. Atauwa tidak suka membaca. Atauwa membaca itu sebagai sesuatu yang membazirkan masanya kerana diperuntukkan kepada lenanya.
Hatta kerana itu pasti dia terkentut apabila Muhyiddin buka mulut. Sedangkan rakyat dan ahli umno di akar umbi sudah lama keriau. Sudah lama jerkah. Maki hamun sudah tidak terkira. Dalam blog CheDet berjela-jela, beribu penulis blog meminta dia turun. Itu tidak dikira dan dicampur dengan komen pembaca blog. Kamu, Abdullah bin Ahmad Badawi masih tetap lena dan berdengkur.
Shahdan maka tersebutlah al-kesah bahawa Pak Lah itu patut sedar bahawa Putrajaya itu bukan miliknya lagi. Eloklah turun secara terhormat daripada ditendang turun seperti batu gunung tergolek-golek ke lembah. Janganlah malukan keturunan atauwa sehingga sukusakat tidak lagi mahu mengaku kamu sebagai keturunan.
Nah, mudah-mudahan kali ini Pak Lah faham! Saya dah guna bahasa tok nenek kami dulu-dulu. Jangan sampai terkencit baru tersentak untuk turun. Pada masa itu pastinya najis sudah bertaburan. Bau busuknya telah merebak. Kamu di hospital. Menangis tidak dibujuk. Mengaduh tidak dibelai. Terkedang tidak diusung. Jangan sampai detik begitu. Turunlah dengan penuh hormat. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan