Siapa Zaid Ibrahim? Inilah cawan sumbing di cerok dapur. Kalau dia sedar diri, dia tidak layak bersuara. Menteri yang dilantik tetapi bukan yang dipilih rakyat. Dari segi pencalonan sebagai Ketua Bahagian di mana agaknya aras kedudukan Zaid. Boleh semak untuk kita kenal seorang peguam bernama Zaid Ibrahim. Inilah menteri yang mencetuskan kontroversi sistem kehakiman.
Dialah, menteri yang sentiasa war-war konon berjuang untuk memulihkan sistem kehakiman. Nah, gagah perkasakah sistem kehakiman kita berbanding dahulu?! Sudah pulih? Janganlah memperagakan watak wanita segak berbedak sejuk di tengah kota atau ada lagak jejaka kacak berkain batik sarung bercanda di pasar raya. "Mu Zaid, sokmo tak kelih ke depannng", ketinggalan.
Jika Muhyiddin jadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri kelak bagaimana agaknya lagak Zaid. Letak jawatan? Sudahlah dia sendiri tidak berkawasan Parlimen, perlantikan Senator itu pun hanya terhad kepada dua penggal sahaja. Itulah saya sentiasa mengkategorikan manusia sebegini sebagai lebih lajak dari laju. Jika berserban berjubah biarlah ke masjid atau ke majlis agama. Bukankah ganjil jika busana begitu diperaga untuk ke panggung wayang. Lebih malang jika lupa diri sehingga tanpa sedar berbogel di kamar cermin.
Zahid dan Nazri satu kolek. Masihkah ingin berkayuh ke lautan sedangkan taufan dan arus kencang terus menerjah tebing? Masihkah hendak sehati sejiwa dengan nakhoda kapal karam. Laut semakin bergelombang tetapi masih ada kelasi yang erat memeluk nakhoda ketika kapal semakin hari semakin tenggelam? Inilah yang dikatakan 'pelik tetapi benar'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan