Lanskap politik negara semakin haru-biru. Pertukaran jawatan secara silang antara Najib dengan Abdullah dianalisis dengan pelbagai teka-teki dan andaian. Anwar menjadi Pahlawan Ketam yang ingin menubuhkan Kerajaan Katak, sedang dan masih ingin membina istana pasir. Raja Beruk menawar diri untuk jawatan Ketua Pemuda Umno. Tarikh peralihan kuasa masih didolak-dalik. Ramainya calon yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda jelas wujudnya 'pertelagahan dalaman' dalam organisasi Pemuda Umno. Masing-masing ingin jadi raja.
Kecelaruan politik turut mengheret aliran pembangunan ekonomi ke arah penguncupan. Pasaran saham merudum ke bawah paras 1000 mata. Anwar masih gila talak untuk kembali merampas takhta biarpun istana pasirnya dipunahi badai. SAPP meskipun kategorinya sekadar ikan bilis namun sudah berani menggigit sirip jerung. Tun Mahathir masih belum kemukakan borang untuk kembali kepada Umno. Zaid letak jawatan tetapi mahu dikekalkan sebagai senator. Nazri Aziz ambil alih kementerian Zaid. Pemuda Pagoh kutuk Idris Harun kerana celupar ulas kenyataan Muhyidddin. PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain juga turut bercelaru.

Benarkah kita kekontangan Wira berstatus Negarawan untuk menyatukan warga Malaysia sesudah Tun Mahathir?. Meski pun pada era Tun terdapat pelbagai krisis namun dia jadi anak jantan, jadi wira dan jadi negarawan kerana berani dan tahu bertindak pada masa yang tepat. Hujahnya tepat dan tajam. Lawannya seringkali kantoi. Maklumatnya tepat. Pengetahuannya luas. Ilmu dan penguasaan maklumat agak mewah untuk memulas lawan. Pembangkang biasanya pilih jalan belakang untuk mengkritik Mahathir. Termasuk Anwar. Hujah yang pedas, tepat dan tajam jarang berupaya disangkal. Malah Tun kotakan apa yang dia kata. Dia tidak khianati perancangan Tun Hussain dan Tun Razak.
ii.
Raja Beruk tawar diri untuk jawatan Ketua Pemuda Umno. Saya simpan amarah ini cukup lama apabila Khairy Jamaluddin (KJ) mengkategorikan blogger sebagai 'beruk'. Maka hari ini dia mulai melompat. Dia mulai mencari dahan untuk bergayut. Saya kira sebagai insan biasa, tidak akan ada penulis blog yang dapat bebas untuk tidak marah. Paling tidak, mereka menyimpan amarah itu secara diam. Akhirnya bertemulah buku dengan ruas. KJ tidak begitu mudah berupaya untuk membasuh tangan dengan pelabelan yang cukup hina kepada blogger. KJ tidak pernah memohon maaf. Pemimpin yang angkuh memang jarang mahu memohon maaf. Masakan 'Raja Beruk' akan memohon maaf kepada 'beruk'. Dia 'raja'. 'Raja Beruk'.
KJ tidak pernah insurankan mulutnya. Dia celupar untuk seenaknya menempelak sesiapa sahaja tanpa menilai baik atau buruk. Salah atau benar. Lurus atau bengkok. Manafaat atau membazir. Pada hemat saya itu bukan cara KJ. Sebab itu kepimpinan sebegini ditolak. Dalam diam dia akan dihukum. Tanpa ada tangan di bawah meja, kelak, KJ ambil bungkus ikut mentua.

iii. Edisi yang ditokok
Najib diserahkan Kementerian Kewangan dengan beban tugas yang sangat mencabar. Silap langkah Najib bertembung dengan jerangkap. Berhadapan dengan krisis ekonomi global yang meruncing dan ditokok dengan krisis kewangan Amerika pastinya tidak mudah untuk Najib membina strategi pengukuhan ekonomi Malaysia. Ini diserabuti lagi dengan kelibat Anwar yang sengaja ingin meruntun kesejahteraan. Ketua Pembangkang ini nampaknya belum sedar diri. Allah berikan dia amanah tetapi dia masih tamak. Kalau dia sayangkan bangsa, sayangkan negara dan sayangkan Islam adakah sebegitu sumbangannya kepada Malaysia?
Anwar boleh marah sesiapa sahaja. Dia boleh marah Abdullah. Dia boleh marah Najib dan dia boleh marah Mahathir. Tetapi dia tidak boleh marahkan rakyat yang hanya memberikan kerusi-kerusi untuk dia menjadi pembangkang. Bukan pemerintah. Tunjuk jantan apabila PRU ke-13 kelak. Waktu itu carilah pendekar. Jadikan pahlawan. Dabikkan diri sebagai wira untuk dinilai. Atur strategi dari sekarang. Jangan main pintu belakang. Jika jalan kotor yang dipilih maka dengan cara kotor juga saudara akan ditendang. Raja ditabalkan oleh rakyat bukan memaksa pendekar dan panglima menabalkan raja. Amat jijik jika disebabkan 'gila kuasa' takhta hendak dirampas. Elaklah untuk menjadi raja di Istana Pasir. Allah perlihatkan keaiban kepada saudara mungkin kerana saudara belum juga memuhasabahkan diri sendiri. Anwar, untuk kali ini, jadilah dan duduklah di kem pembangkang, bukan tergila-gila untuk jadi pemerintah!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan