Pukulan pancung. Libas buaya. Sigung. Menyiku. Bentis. Saya kebuntuan untuk mencari istilah tepat sebagai merumus situasi menjelang Mesyuarat bahagian-bahagian Umno di seluruh negara, Pulau Pinang dan Kelantan seolah-olah menangkap dan mencucuk hidung semua ketua bahagian agar mencalonkan Pak Lah dan Najib bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Adilkah? Teluskah? Bebaskah?
Pak Lah mula menjelajah ke negeri-negeri seluruh negara untuk majlis berbuka puasa. Sekaligus mengadakan majlis perjumpaan tertutup dengan badan perhubungan negeri yang tentunya dihadiri pula oleh para perwakilan dan ketua-ketua bahagian. Menjelang pemilihan, apakah langkah itu tidak bersalahan dengan peraturan dan etika pemilihan jawatan dalam parti? Kalau begini caranya saya hampir pasti Tengku Razaleigh telah terkena pukulan pancung. Anwar Musa menyiku dan bentes. Di Pulau Pinang, Rashid Abdullah membuat libas buaya. Sama dengan strategi Anwar Musa. Ini belum lagi disulami dengan pelikat, batik dan kad raya. Habis. Tutup. Kebebasan kita akhirnya dinafikan.
Inilah susun atur Pak Lah untuk merealisasikan cita-cita politiknya. 2010. Hanya perwakilan yang jantan dan berwatak wira sahaja yang mampu mengubah kedudukan. Jika berjuang untuk memperolehi habuan dan haloba maka senario kini akan kekal dan abadi. Untuk berubah kita perlu menentang arus. Kita ubah ketua bahagian yang berjuang kerana kepentingan. Kita menjadi pengkar kerana berketuakan ketam. Kita menjadi celaru dan cempera kerana kita kehilangan peta. Kehilangan peta menyebabkan kita sesat dan menjadi bahan ketawa kerana kejahilan dan kecuaian sendiri.
Ubah Ketua Bahagian. Ubah Pak Lah. Jangan risau, anak Raja Kelantan ada, kecuali peralihan kuasa berlaku tiba-tiba seperti beraraknya mendung yang menutupi indahnya pemandangan.
Selamat bersidang. Selamat Hari Lebaran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan