Jumaat, 28 Mac 2008

Cikgu Shaari Versi 2

Moral ceritera, "Saya banyak kerja dalam 8 waktu P&P"

Cikgu 1: Buat kerja masing-masing
Cikgu 2: Salin dari muka surat ..... hingga muka surat......
Cikgu 3: Gunting, lekat dan warnakan ~~~~~~~
Cikgu 4: Lukis dan tekap berdasarkan bahan yang saya sediakan.
Cikgu 5: Duduk diam-diam. Sesekali eheem.... eheem~~~~~
Cikgu 6: Keluarkan buku dan baca~~~~~
Cikgu 7: Jom kita pergi ke perpustakaan!
Cikgu 8: Tengok gambar yang saya tayangkan.

Murid 1: Cikgu.. cikgu.. saya nak pergi ke.......
Murid 2: Kamu dah siap ke?
Murid 3: Cikgu.. cikgu.. cantik tak?
Murid 4: Buat macam mana ni?
Murid 5: Baju cikgu cantiklah. Cikgu buat apa cikgu?
Murid 6: Keluarkan baju dan buka? (silap dengarlah tu)
Murid 7: Mari kita main sambut keling.
Murid 8 : Hari tu dah tengok. Takde gambar lain ke?

'guru bermesyuarat'

Murid, "Abah. Mama. Hari ni tak belajar pun, cikgu mesyuarat"

Tujahan Nurani 1

Hindarilah diri anda
Lalai dari mengingati Allah
Tiada rasa takut dan hebat dengan Allah
Tidak sabar menghadapi ujian Allah
Tiada merasai kekuasaan Allah
Tiada merasai berdosa
Suka mengumpat
Berhasad dengki
Cintakan dunia
Tidak ada belas kasihan sesama manusia
Tidak berlapang dada apabila berhadapan dengan ragam manusia
Berperasaan sombong
Sentiasa pemarah/bengis
Pendendam
Jahat sangka
Sentiasa tamak
Degil dan keluh-kesah
Sentiasa putus asa
Tidak reda dengan takdir
Tidak bimbang dengan hari hisab
Tidak takutkan neraka
Tidak rasa rindu dengan syurga yang penuh dengan kenikmatan
Tiada rasa kelemahan diri
Tidak senangi kelebihan orang lain
Masih rasa terhina untuk menerima kebenaran orang lain
Berat untuk mengakui kesalahan diri
Bangga dengan kelebihan diri
~disunting dari 'Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama'~

Rabu, 26 Mac 2008

Berbahasa

Sebab buku yang dipinjam
Jarang dipulangkan kepada tuannya
Kerana menyimpan buku itu
Lebih mudah daripada menyimpan isinya.

- Michel E. De Montaigue
petikan dari:
Majalah Dewan Bahasa November 1965 halaman 483