Hari ini kita masih dalam suasana berhari raya. Dan saya masih terseret dengan suasana tersebut.
Amat terharu apabila diundang oleh bekas pelajar 1995 SMK Tunku Abdul Rahman, Alor Star, untuk pertemuan sempena Aidul Fitri. Datang bersama anak dan suami isteri semata untuk bersua dan mengimbau kenangan silam bersama rakan dan guru adalah gamitan kenangan yang tersisip kukuh. Persaudaraan dan ikatan persahabatan yang berpanjangan seperti ini bukan mudah untuk dipertemukan. Bagi saya ini adalah hadiah yang terpahat dan mengukir kenangan yang mengharukan. Terima kasih. Sesungguhnya bukan semua guru diberi nilai dan penghargaan yang sebegini indah dan membanggakan. Lebih membanggakan apabila mendapat maklumut mereka kini sedang terlibat sebagai pentadbir, usahawan, penyelidik, guru, perhotelan, pustakawan, politik dan pelbagai jawatan yang tentunya berupaya mewarisi jejak kepimpinan negara. Syabas kerana menjadi warga yang terdidik dan dikehendaki.
Salam sekeluarga daripada Cikgu.
6 ulasan:
Terima kasih Cikgu kerana sudi meletakkan sekeping gambar kenangan di dalam blog. Selagi hayat dikandung badan, silaturrahim tetap diteruskan.
Malik. terima kasih. Salam ilmu dan selamat berkhidmad.
Saya dah promote laman blog ni kepada kawan2 yang lain. Insyallah, nanti ramai yang akan visit blog ni.
Cikgu memang best, updated with technology... siap ada Blog.
Hazha
http://tech-go.blogspot.com/
Blog bahasa melayu saya tak ada lagi insyallah kalau ada masa nanti saya akan create kan satu..
Terima Kasih Cikgu Man kerana sudi meluangkan masa bersama bekas anak-anak cikgu yang nakal di sekolah dulu. Tak lupa juga kepada Cikgu Aziz..terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang. InsyaAllah, tahun depan kita akan buat lagi.
Azhar,malik,hadi: menulis blog sekadar mengasah minda untuk tidak berkarat dan berkerak ketika mengisi persaraan.
Catat Ulasan