Lanskap politik tanah air tetap tidak berubah. Haluan pemilihan rakyat tetap menolak BN yang ditunjangi oleh DS Abdullah Ahmad Badawi. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh memohori lembaran politik Malaysia Merdeka. Kerajaan BN pimpinan Pak Lah ditolak. Pak Lah perlu berhenti. Mesti berhenti. Wajib berhenti. Rakyat telah paparkan 'TAK NAK'.
Paklah gagal memulih Umno dan dan komponan dalam BN. Malah sana sini ada suara untuk keluar dari komponan itu. Pak Lah tidak faham mesej tersebut. Para pemimpin yang asyik mengampunya juga akur tidak faham. Semuanya telah terkena 'nasi tangas'. Hilang keberanian. Hilang kejantanan. Dengan berbaki kepondanan itu pun para peneraju kerajaan 'Umno' masih akur dengan tidak menyedari kehendak rakyat. Kalau tidak percaya 'Bubarlah Parlimen" adakan PRU13. BN ada tumbang dan saya yakin akan lenyap Umno. Sejarah tercatat bahawa Pak Lah adalah PM terakhir yang mewarisi kerajaan Umno/BN.
Apa kehendak rakyat? Apa? Apa?.................
Amanlah negara bangsa jika satu tangan hanya menerima satu habuan sahaja. Satu timba untuk menceduk air di satu telaga sahaja. Kita berdaya untuk mengali lebih banyak telaga tetapi airnya biarlah untuk nikmat negara bangsa dan untuk hilangkan dahaga derita, sengsara di negara yang merdeka. Untuk Pak Lah ,'jika tidak berdaya mengali perigi yang jernih airnya maka usah keruhkan air selautan'. Letaklah jawatan. Tidak guna untuk leka dan asyik berbangga jika menjadi nakhoda tetapi kapal sendiri semakin karam. Semakin hari semakin tenggelam. Hanya orang yang merdeka sahaja yang berani menyatakan bahawa dia Merdeka!. Merdeka!

1. Rakyat mahu diturunkan harga minyak.Kekalahan di Permatang Pauh adalah mesej untuk Pak Lah letak jawatan. Bukan untuk cipta alasan. Budak kecil pun berupaya mencari alasan. Dua tahun untuk sesiapa sahaja mengambil alih kepimpinan kerajaan Malaysia yang lemah, pokai, longlai dan berkecai adalah suatu jangka masa singkat untuk dibaik pulih. Saya tetap dengan pendapat jika Pak Lah berani sila adakan Pilihanraya Umno. Beri peluang kepada semua ahli menyatakan pendirian siapa yang mereka pilih untuk memimpin Umno. Tetapi pemimpin pengecut tentu tidak berani bertindak demikian. Dia tetap dibuai dengan kata ampu penyokong yang tidak benar dengan realiti di akar umbi. Ketua-ketua bahagian adalah kaki-kaki ampu dan juru usap Pak Lah yang berharap dianugerahi jawatan atau pencalonan, bukan sangat untuk khidmat kepada rakyat. Semuanya cari duit dan curi duit. Tanpa peluang, semuanya berjanji untuk jujur, untuk bangsa, untuk agama, untuk negara tetapi apabila diberi peluang mungkin sebaliknya di mana duit bertukar tangan di bawah meja. Akaun bank tiba-tiba berganjak angka. Gaji diterima, Elaun diterima, Tuntutan diterima, habuanpun berganda. Itulah perjuangan.
2. Rakyat mahu diturunkan harga barang.
3. Rakyat mahu diturunkan kos tambang pengangkutan.
4. Rakyat mahu peluang pekerjaan.
5. Rakyat mahu harga padi naik.
6. Rakyat mahu harga makanan murah.
7. Rakyat mahu bersih cekap dan amanah.
8. Rakyat mahu kerajaan yang berani.
9. Rakyat mahu kerajaan yang bersih rasuah.
10.Rakyat mahu pemimpin yang sejarahnya dihitami dengan skandal digugurkan.
11. Rakyat mahu pemimpin yang patriotik bukan pemimpin curi duit.
12. Rakyat mahu Pak Lah turun dan diganti dengan 'jantan' sejati. Jadi HERO bukan KORO.
13. Rakyat tidak mahu rakyat asing merampas hak-hak kita di tanah air kita.
Amanlah negara bangsa jika satu tangan hanya menerima satu habuan sahaja. Satu timba untuk menceduk air di satu telaga sahaja. Kita berdaya untuk mengali lebih banyak telaga tetapi airnya biarlah untuk nikmat negara bangsa dan untuk hilangkan dahaga derita, sengsara di negara yang merdeka. Untuk Pak Lah ,'jika tidak berdaya mengali perigi yang jernih airnya maka usah keruhkan air selautan'. Letaklah jawatan. Tidak guna untuk leka dan asyik berbangga jika menjadi nakhoda tetapi kapal sendiri semakin karam. Semakin hari semakin tenggelam. Hanya orang yang merdeka sahaja yang berani menyatakan bahawa dia Merdeka!. Merdeka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan