Rabu, 17 Disember 2008

Tunjuk Hebat



Penyokong Perdana lawan Penyokong Toyota Camry.

Perdana V6, murah dalam lengkongan RM 102,000 sahaja
Toyota Camry pun murah jika dibandingkan dengan kereta import yang sekelas dengannya.

Kos penyelenggaraan Perdana V6 murah jika baru tetapi semakin lama semakin mahallah.
Kos penyelenggaran Toyota Camry murah kerana ia baru dibeli.

Dulu MB, MB, bilang akan terus guna Perdana V6. Sekarang sudah tukar fikiran.
Itu yang dinamakan perubahan. Kita mesti keluar dari kotak. Berani bertukar.

Pengangkutan untuk rakyat?
Kerajaaan Pusatkan ada. Bas, kereta api, MAS, Air Asia semua bagus. Apa susah lagi. Sekarang mereka tak mahu kereta. Semua pakat jual kerana harga getah tak sampai RM1. Rakyat tak perlu datang jumpa kita kerana apabila kita ada kereta baru kita lebih kerap pergi jumpa rakyat.
Jom kita tengok mana kereta lebih anggun. Kita kena tunjuk hebat.

Mansaari:
Kita pilih mereka, mereka tidak pernah tipu kita hanya kita sahaja yang merasai kita ditipu. Oleh itu mereka tidak bersalah. Yang bersalah adalah kita yang prasangka dan cemburu apabila melihat kehebatan orang lain. Kita semakin disuruh bisu, diam dan terima seadanya.
Alhamdulillah.

2 ulasan:

FuzAma berkata...

sabar. tunggu dan lihat. sampai mana depa nak tunjuk hebat.

kesian depa. dah lama kempunan nak rasa kereta mewah. kita bagi can. biar kita. rakyat jelata. pakai kereta biasa. atau gunakan perkhidmatan awam yg 'paling' baik. 'paling' efisien.'paling' selesa.

semoga tidak hanya hebat di dunia.

Unknown berkata...

kekadang kita lupa akan nikmat kekurangan. kelebihan kerendahan. kesyahduan perasaan. kebijaksanaan pemikiran.