Sabtu, 6 Disember 2008

Catatan Peringatan 2008 III

Bahasa Melayunya ' Mengucapkan SELAMAT HARI JADI' yang lain Cina mali. Bukan perkauman. Tidak. Gembira melihat Guan Eng ketawa. Tentu orang Melayu di Pulau Pinang juga gembira.

Saya memang nakal. Acapkali suka bermain dengan kata-kata. Kali ini saya ingin membuat catatan ingatan menjelang berakhirnya 2008 tentang Lim Guan Eng.

YAB Lim Guan Eng berjanji akan menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang dalam masa setahun sahaja ketika dia mengambil alih kuasa memerintah daripada kerajaan sebelumnya dengan dakwaan tajam bahawa kerajaan dahulu gagal, tidak berkesan, tiada kesungguhan dalam usaha mengatasi masalah tersebut.

Guan Eng enggan tinggal di rumah kerajaan kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kerja ubah suai rumah berkenaan. Pada sudut pandangan Mat Sabu, Guan Eng adalah sahabatnya semasa di kem tahanan. "Dia hanya pakai 'seluar catok' walaupun dah berjawatan Ketua Menteri semasa saya mengunjunginya di rumah," akui Mat Sabu penuh bangga.

Guan Eng canang akan melaksanakan corak pemerintahannya ala Khalifah Umar Abdul Aziz. Melayu gembira sungguh. Warong kopi menjadi medan bualan perihal Guan Eng.

Guan Eng berdebat dengan Koh Tsu Koon. Melayu bertepuk kerana Cina sama Cina bergocoh. Namun Melayu lupa Cina lebih kuat bertepuk tangan apabila Anwar berdebat dengan Shabery Cheek.

Guan Eng buang papan tanda kemudian serap masuk aneka tulisan ikut kaum pada papan tanda jalan di Pulau Pinang. Guan Eng tidak peduli dengan bantahan. Tegar macam Lim Kit Siang juga.

Guan Eng halang agar kerja membina landasan kereta api kedua dihentikan kerana dikatakan penyebab banjir. Tot-tot bukan, Guan Eng diam.

Guan Eng belanjakan RM30,600 untuk diberi kepada para hafiz dengan sedikit ucapan, maka sahamnya di mata hati orang Melayu Islam meningkat.

Masih banyak yang hendak dicatat. Cukuplah. 'Melayu Layu di Pulau Pinang'.

3 ulasan:

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum,

Semoga Melayu tidak lagi layu...

Leenoh berkata...

Assalamualaikum.
Orang Melayu ada kitab al.Quran yang wajib dipatuhi dan ditaati tetapi mereka taat separuh-separuh sahaja yang selebihnya mereka ikut kitab Adat dan kitab Akal tanpa wahyu.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Sekarang bukit pun marah dan bas di lebuhraya pun mengamuk, masing-masing ekoran sifat tidak jujur dan tidak ikhlas.

Mati beramai-ramai telah menjadi perkara biasa. Agaknya kiamat telah hampir tiba,

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

ManSaari berkata...

kembara politik.
Assalamualaikum
insyaallah. Demi islam dan melayu jom berjuang.

Leenoh.
moga kita terelak dari bala Allah. Selamat seperguruan dan selamat Aiduladzha.

Assalamualaikum.