Peranan Ibu dan Kesannya kepada Pendidikan Anak:
Imam Syafi’i meriwayatkan bahawa ibunya adalah pendorong utama dalam usaha beliau mengejar ilmu. Keazamnya untuk belajar dititipi daripada satu peristiwa yang amat berbekas di hatinya.
Pada suatu ketika beliau pulang ke rumah ibunya untuk melepas rindu yang teramat sangat. Sesampai sahaja beliau di rumah ibunya dengan tidak sabar-sabar beliau terus mengetuk pintu rumah itu dengan agak kuat.
Ketukan yang kuat itu menyebabkan hati ibu tersentuh dan marah. Sebaik sahaja pintu itu dibuka, maka tercegatlah anak kesayangannya ‘Muhammad’. Ketika itu ibu Imam Syafi’i terus berkata,
Pergilah lagi dan engkau jangan sesekali pulang ke sini, sehingga engkau belajar tentang adab sopan yang baik dan budi pekerti yang muliaHerdikan dan sindiran sinis ibunya itu amat menujah sudut hatinya. Sejak peristiwa itu Imam Syafi’i bertekad bahawa beliau tidak akan pulang ke rumahnya itu selagi ilmunya serta pengetahuan belum sempurna.
Nasihat dan Petunjuk Imam Syafi'i untuk Mengejar Kejayaan:
1. Barangsiapa mempelajari Al-Quran maka tinggilah ilmunya
2. Barangsiapa menulis hadis kuat dan kukuhlah hujahnya
3. Barangsiapa berbincang mengenai hukum fiqah maka ia menjadi bijak
4. Barangsiapa mengambil berat soal adab dan budi pekerti maka pekertinya menjadi lembut dan halus.
5. Barangsiapa berfikir tentang matematik akalnya berkembang
6. Barangsiapa tidak menjaga kehormatan dirinya maka ilmunya tidak akan mendatangkan faedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan