Jumaat, 3 April 2009

Pupuskan PPSMI

Tahniah Datuk Seri Najib.

Meskipun seluruh rakyat Malaysia berhak berkongsi 'Satu Malaysia' namun hak Melayu jangan digadai.

Selesaikan isu PPSMI. Kembalikan martabat Bahasa Melayu. Para pemimpin Malaysia mesti berbangga bertutur Bahasa Melayu. Setiap pertuturan para pemimpin tidak perlu bersulam Bahasa Inggeris. Juga tidak perlu ada dua bahasa untuk dihebahkan kepada rakyat. 50 tahun Malaysia merdeka, masihkah ada lagi rakyat yang jahil memahami dan dangkal berbahasa kebangsaan negaranya?

Datuk Seri mesti menjadi penutur tegar Bahasa Melayu. Jangan terus mengheret negara dan rakyat ke terowong berkabus. Di hujung terowong masih ada langit yang terbuka. Rakyat tidak harus dikorbankan di dalam terowong kejahilan, keangkuhan dan tertutup.

Jadilah pemerintah bukan ikut melatah.

1 ulasan:

awang kata berkata...

Kenapa perlu berbangga dengan bahasa Inggeris atau bahasa asing lain. Orang Tanah Melayu mesti berbangga dengan bahasa Melayu, bukannya bahasa asing. Jangan sesekali jadi warga murtad... kenegaraannya.