Sabtu, 5 Julai 2008

Merenong ke Hadapan

Kerajaan Pak Lah, Kerajaan Najib, Kerajaan Anwar
- Kerajaan 'BN' sudah jadi Barisan Kroni yang bengkang-bengkok
- Kerajaan 'Keadilan' sudah jadi lewat kerana kes liwat

Semakin celaru kotak fikir kita. Bagaimana untuk kita mencari kebenaran?. Semua petunjuk dikelabui oleh hujah yang penuh dengan jerebu. Dalam seminggu banyak yang terbogel oleh kuncikata 'fitnah'. Kita disogok dengan akuan sumpah, dakwaan, tempelak, sindir, dan segala macam hujah-hujah hodoh yang langsung tidak menampakkan kejernihan budi, keikhlasan yang tertitip dari ilmu Islam yang murni, berbudaya dan berakhlak tinggi. Semuanya hilang.

Saya amat terasa bahawa bangsa saya kian berbalam dan dibayangi kelambu kehidupan yang hitam legam. Apakah akhirnya akan hilang satu wangsa yang namanya akan sekali lagi ditipu oleh dalihan sejarah penjajah? Dalang yang menjuarai penjajahan itu adalah bangsa Melayu sendiri. Akankah ia menjadi awan hitam merenjiskan hujan lalu lesu mengalir ke hilir dan di muara yang ternganga ia hilang dimamah arus lautan? Bangsaku. Melayu. Di mana kita kini ?.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Semuanya berlaku di depan mata kita sendiri. Apa yang kita dah buat untuk membetulkan keadaan? UMNO masih berdiri teguh di belakang Paklah (Bukan Paklah berdiri teguh di belakang UMNO). Anwaritas masih berdiri teguh di belakang Anwar (bukan di belakang PKR). Lebai kopiah pulak berdiri teguh di belakang Tok Guru (bukan di belakang Islam). Bangsa melayu terlampau longlai walaupun untuk membetulkan untung nasib sendiri.