Rabu, 23 Julai 2008

Mercedes Untuk Penyu

Ikut analisis MB Terangganu kenderaan Proton Perdana V6 yang menjadi kenderaan rasmi VIP sejak pada zaman Tun Dr Mahathir memerintah adalah 'kenderaan yang tidak ekonomik, kos penyelenggaraannya tinggi, sering rosak, tidak lasak untuk kegunaan jarak jauh. Demikianlah cara rakyat diperbodohkan semata-mata untuk menghalalkan pembelian 'Mercedes Benz' .

Kesimpulannya Pak Lah, Najib, dan para Menteri Malaysia adalah 'jahil' kerana masih menggunakan 'Perdana V6' yang cepat rosak, dan tidak lagi sesuai. Ertinya kereta buatan Malaysia itu tidak berkualiti. Rendah mutunya. Nah siapa 'yang menidakkan kualiti' barangan buatan Malaysia kalau tidak para pemimpin kita sendiri? Inikah pemimpin yang kita pilih? Pemimpin yang menggadai maruah negarabangsanya. Pemimpin yang menidakkan keupayaan dan kepakaran anak bangsa. Saya amat malu untuk mengakui pemimpin seperti ini. Tidak hairanlah kalau dalam masa terdekat Proton Perdana V6 tidak laku di pasaran.

Mencari yang tersirat.

Apakah sama antara penyu dengan kura-kura? Penyu seringkali kelihatan menangis ketika bertelur. Kuantiti telur juga melebihi berkali ganda jika dibandingkan dengan kura-kura. Penyu bertelur di pantai bersih dan berenang ke laut terbuka. Kura-kura bertelur di pinggir belukar dan bergerak juga ke belukar atau terjun ke paya. Kura-kura merangkak atau berhenti untuk menyembunyikan kepala. Saya termangu kerana tiba-tiba kura-kura bertukar menjadi penyu.
Kura-kura merangkak perlahan sama seperti dahulu kala. Saya tertanya-tanya mampukah kura-kura berlepas ke laut bebas menjadi sang penyu. Tidak menghairankan kiranya kura-kura mulai melihat kapal bukan lagi biduk. Dia sudah di lautan bukan lagi di paya dan di rimba. Dia lupa bahawa dia adalah generasi kura-kura yang masih merangkak dan masih menyembunyikan kepala kerana dia sering dipijak namun tok kura-kura sudah lupa dan ingin juga menjadi penyu biar pun digelar 'dungu'.

Tiada ulasan: