Ahad, 20 Julai 2008

Impian Bangsa

Ramai pengulas blog membuat komen pro dan kontra terhadap isu muzakarah Umno dengan PAS. Bagi saya amat mudah. Kita tidak perlu bersengketa. Kita bubar sahaja Umno dan kita juga turut membubarkan PAS. Kita Tubuh parti berjenama baru untuk orang melayu. Ahlinya terdiri daripada orang Umno dan orang PAS. Termasuk melayu profesional. Jom kita adakan pilihan raya untuk orang Melayu memilih pemimpin. Semua pemimpim PAS dan Pemimpin Umno, pemimpin Keadilan diminta bertanding. Calon yang memperolehi undi terbanyak dipilih menjadi Presiden dan diikuti dengan pengisian jawatan-jawatan seterusnya. Juga tentunya berdasarkan undi teratas.

Tak salah kalau Nik Aziz dipilih jadi PM, Muhyiddin Yasin-TPM, Haji Hadi-KDN, Wan Azizah-Menteri Kesihatan, Idris Jala-Menteri Kewangan dan lain-lain. Najib di mana? Najib kalah dan mendapat jumlah undi terkebelakang. Dia pengecut. Kemungkinan itulah sebab dia tidak memperolehi undi terbanyak dan tidak dipilih jadi pemimpin.

Nah, tak perlu muzakarah kepartian. Muzakarahlah tentang halatuju umat Islam dan orang Melayu. Tiada timbul lagi isu kafir mengkafir, tuduh menuduh, tidak perlu demontrasi jalanan,
dan uruslah negara dengan muafakat.

Lantiklah Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Abdullah, Najib, Musa Hitam, Hassan Ali, Khalid Ibrahim, Harun Din dan lain-lain sebagai Penasihat Tertinggi Kepimpinan Melayu.

Tiada ulasan: