Khamis, 10 Julai 2008

Merenong Ke Hadapan 2

Sedih. Biasiswa anak Melayu untuk belajar di luar negara dikurangkan 35%. Baki hanya tinggal 55%. Hak mutlak kita selama ini ialah 90%. YB Nazri Aziz bangga bongkak mengumumkan isu ini di Parlimen.
Biasiswa kepada pelajar bukan Bumiputera untuk belajar ke luar negara dinaikkan dari 10% kepada 45%
Demikianlah kita jika ada kuasa yang berbaki tetapi tidak bertindak seperti anak jantan. Saya tertanya-tanya dan ternanti-nanti apakah komen YB Hishamuddin. Apa reaksi pemuda Umno? Pejuang bangsa konon. Mana hilangnya kata-kata? (sambil keris dijulang) "Jangan sesiapa mencabar hak orang Melayu!!" Nah, sekarang kenapa 'meloko'?!

Di Perak. Pun dengan bangga diumumkan pemberian hak milik tanah untuk jangka masa 999 tahun. Kepada siapa? Kuasa meluluskan adalah kuasa MB selaku Pengerusi Majlis Tindakan Tanah Negeri. Kita boleh menjawab dengan angkuh sekarang tetapi kita akan dihukum pada masa akan datang atas kegilaan kita menggunakan kuasa. Itu belum tahu hukuman di akhirat. Amanah umat Melayu dan amanah umat Islam.
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman [petikan daripada lirik 'anak kecil main api]
DEB telah lama melewati pelaksanaannya. Apabila ia disemak, dikaji, maka tindakan yang diambil semuanya merugikan bangsa Melayu. Mengapa dasar 'pemilikan 30%' untuk Bumiputera tidak dikaji semua. Mengapa tidak diubah kepada 70%?. DEB dikatakan gagal. Nah, sekaranglah masanya untuk berubah. Kita seringkali akur dengan tuntutan bukan Bumiputera tetapi kita menjadi 'koro' untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Kera di hutan disusui, anak dikendong kelaparan - Aminuddin Baki
Pada masa orang bukan Melayu mempertikaikan 'Kontrak Sosial' . Maka kita orang Melayu juga perlu mengkaji semula kedudukan dan hak kita. Apakah mereka yang mempertikaikan itu terdiri daripada mereka yang menerima nikmat-nikmat yang diperolehi daripada hak orang Melayu yang sentiasa bersedia merelakannya? Dan sehingga bila kata 'RELA' itu mahu kita pertahankan? Tanyalah kepada bukan Bumiputera apakah hak dan keistimewaan yang ada pada mereka yang telah mereka berikan kepada orang Melayu?
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri [petikan daripada lirik 'anak kecil main api']

Tiada ulasan: