20 Julai 2008 saya telah menyarankan dalam blog ini atas judul 'Impian Bangsa' agar UMNO dan Pas dibubarkan untuk menjenamakan sebuah parti siasah baru yang mewakili umat Islam seMalaysia. Tiba-tiba semalam TG Dato' Nik Aziz membuat pandangan yang sama. Jika ia menjadi realiti maka ketuanan melayu berteraskan Islam akan mudah diurus dan terpelihara. Ugut dan gertak etnik lainnya akan berkurangan. Kita akan lebih gagah. Namun itu sahaja tidak mencukupi jika intipati ajaran Islam masih terdapat ketidakpatuhan. Masih ada rasuah. Fitnah. Dusta. Salah guna kuasa. Kroni. Bongkak. Sombong. Jahil. Pekerti songsang. Bahasa berbudaya rendah. Kita perlu pemimpin berwatak Islam, plot perjalanan kepimpinannya juga Islam. Bahasanya bahasa cerminan Islam. Urustadbirnya Islam.
Demi umat Islam dan Umat Melayu kita patut memikirkan betapa PR12 yang lepas kaum bukan Melayu menidakkan sokongan dengan bersatu menolak BN. Sedangkan orang Melayu berpecah undi kepada BN, PAS dan Keadilan. Peristiwa yang berurutan dengan hasil PR12 itu amat melukakan. Kita jangan leka berbangga dengan budi kerana budi dan jasa tidak lagi akan dikenang. Kita mesti berpegang kepada hakikat bahawa kita menang kitalah berkuasa dan kiranya kalah kita mesti menyerah. Ingatlah bahawa sesiapa yang memperolehi kemenangan maka dialah yang berhak mencorakkan hala tuju negara. Pada masa itu tiada lagi 'Kontrak Sosial' dan tiada lagi jalan pulang yang masih terbuka. Melayu Malaysia akan hilang dari peta yang dilukiskannya sejak dahulu kala. Sejarah akan diubah. Keistimewaan akan menjadi kenangan.
Warisan dipadam. Air mata terendam manakala syiar Islam tenggelam bersama kesuraman.
Janganlah hingga ke takah itu baru kita terjaga dari mimpi ngeri. Selamat berjuang.
Warisan dipadam. Air mata terendam manakala syiar Islam tenggelam bersama kesuraman.
Janganlah hingga ke takah itu baru kita terjaga dari mimpi ngeri. Selamat berjuang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan