Ramai pengulas blog membuat komen pro dan kontra terhadap isu muzakarah Umno dengan PAS. Bagi saya amat mudah. Kita tidak perlu bersengketa. Kita bubar sahaja Umno dan kita juga turut membubarkan PAS. Kita Tubuh parti berjenama baru untuk orang melayu. Ahlinya terdiri daripada orang Umno dan orang PAS. Termasuk melayu profesional. Jom kita adakan pilihan raya untuk orang Melayu memilih pemimpin. Semua pemimpim PAS dan Pemimpin Umno, pemimpin Keadilan diminta bertanding. Calon yang memperolehi undi terbanyak dipilih menjadi Presiden dan diikuti dengan pengisian jawatan-jawatan seterusnya. Juga tentunya berdasarkan undi teratas.
Tak salah kalau Nik Aziz dipilih jadi PM, Muhyiddin Yasin-TPM, Haji Hadi-KDN, Wan Azizah-Menteri Kesihatan, Idris Jala-Menteri Kewangan dan lain-lain. Najib di mana? Najib kalah dan mendapat jumlah undi terkebelakang. Dia pengecut. Kemungkinan itulah sebab dia tidak memperolehi undi terbanyak dan tidak dipilih jadi pemimpin.
Nah, tak perlu muzakarah kepartian. Muzakarahlah tentang halatuju umat Islam dan orang Melayu. Tiada timbul lagi isu kafir mengkafir, tuduh menuduh, tidak perlu demontrasi jalanan,
dan uruslah negara dengan muafakat.
Lantiklah Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Abdullah, Najib, Musa Hitam, Hassan Ali, Khalid Ibrahim, Harun Din dan lain-lain sebagai Penasihat Tertinggi Kepimpinan Melayu.
Ahad, 20 Julai 2008
Selasa, 15 Julai 2008
Menjunjung Duli
Daulat Tuanku. Patik menjunjung kasih sempena Jubli Emas Ke Bawah Duli Tuanku.
15 Julai 2008. Moga sihat sejahtera bertakhta.

Warna 2
Ketua Pengarah Imigresen dan Timbalannya dan ada lagi orang-orang yang akan disiasat BPR.
Apa dah jadi kepada Jabatan Imegresen. Benar, mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bahawa mereka bersalah. Benar belaka. TETAPI apa dah jadi dengan susur galur pentadbiran negaraku yang tercinta ini? Tidak pernah terjadi pegawai-pegawai atasan untuk satu jabatan di reman dan disoal siasat BPR. Mengapa semua ini terjadi pada era pentadbiran DSAAB? Kelabu. (warna yang tidak tersenarai)
2010 adalah jangka masa yang penuh warna warni. Pak Lah! Segeralah serah.
'Benar atau Tidak?' Jika sekali kita sudah tidak dipercayai maka untuk meminta kita diyakini semula adalah seperti warna putih yang cuba memadam warna hitam yang sentiasa cair. Tetap kelabu!

masa depan sungguh kelamAnalisis Warna 2
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang
[anak kecil main api']
2010 adalah jangka masa yang penuh warna warni. Pak Lah! Segeralah serah.
'Benar atau Tidak?' Jika sekali kita sudah tidak dipercayai maka untuk meminta kita diyakini semula adalah seperti warna putih yang cuba memadam warna hitam yang sentiasa cair. Tetap kelabu!
Warna 1
Ambilkan enam keping kad berlainan warna. Putih, kuning, merah, hijau, biru, hitam. Letakkan kad berwarna itu di meja terbuka. Ajukan kepada anak-anak. Suruh mereka buat pilihan. Catatkan warna pilihan mereka pada hari tersebut. Keesokannya ulangi aktiviti yang sama dan catatkan warna yang dipilih. Ulangi pada hari-hari berikutnya .
Nah, mari kita analisis aktiviti anak-anak kita!
Itulah plot politik Malaysia.
Itulah sinopsis perjalanan suka duka bangsa Melayu
Generasi yang tidak lagi tahu akan warna untuk kehidupannya
Generasi yang bercelaru dengan warna-warna kehidupannya
Generasi yang tidak kesah pada warna yang kelak akan mencorengi bangsa dan negaranya.
Sedih.

1. Adakah pada saban hari dia akan memilih warna yang sama?Itulah watak-watak dalam kehidupan.
2. Adakah pada saban hari dia sering bertukar warna?
3. Adakah pada hari-hari berikutnya dia hanya pilih dua warna berselang seli?
4. Apakah warna yang paling banyak menjadi pilihannya?
5. Apakah warna yang langsung tidak menjadi pilihannya?
Itulah plot politik Malaysia.
Itulah sinopsis perjalanan suka duka bangsa Melayu
Generasi yang tidak lagi tahu akan warna untuk kehidupannya
Generasi yang bercelaru dengan warna-warna kehidupannya
Generasi yang tidak kesah pada warna yang kelak akan mencorengi bangsa dan negaranya.
Sedih.
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri [anak kecil main api]
Khamis, 10 Julai 2008
Merenong Ke Hadapan 2
Sedih. Biasiswa anak Melayu untuk belajar di luar negara dikurangkan 35%. Baki hanya tinggal 55%. Hak mutlak kita selama ini ialah 90%. YB Nazri Aziz bangga bongkak mengumumkan isu ini di Parlimen.
Di Perak. Pun dengan bangga diumumkan pemberian hak milik tanah untuk jangka masa 999 tahun. Kepada siapa? Kuasa meluluskan adalah kuasa MB selaku Pengerusi Majlis Tindakan Tanah Negeri. Kita boleh menjawab dengan angkuh sekarang tetapi kita akan dihukum pada masa akan datang atas kegilaan kita menggunakan kuasa. Itu belum tahu hukuman di akhirat. Amanah umat Melayu dan amanah umat Islam.
Biasiswa kepada pelajar bukan Bumiputera untuk belajar ke luar negara dinaikkan dari 10% kepada 45%Demikianlah kita jika ada kuasa yang berbaki tetapi tidak bertindak seperti anak jantan. Saya tertanya-tanya dan ternanti-nanti apakah komen YB Hishamuddin. Apa reaksi pemuda Umno? Pejuang bangsa konon. Mana hilangnya kata-kata? (sambil keris dijulang) "Jangan sesiapa mencabar hak orang Melayu!!" Nah, sekarang kenapa 'meloko'?!
Di Perak. Pun dengan bangga diumumkan pemberian hak milik tanah untuk jangka masa 999 tahun. Kepada siapa? Kuasa meluluskan adalah kuasa MB selaku Pengerusi Majlis Tindakan Tanah Negeri. Kita boleh menjawab dengan angkuh sekarang tetapi kita akan dihukum pada masa akan datang atas kegilaan kita menggunakan kuasa. Itu belum tahu hukuman di akhirat. Amanah umat Melayu dan amanah umat Islam.
Nenek moyang kaya rayaDEB telah lama melewati pelaksanaannya. Apabila ia disemak, dikaji, maka tindakan yang diambil semuanya merugikan bangsa Melayu. Mengapa dasar 'pemilikan 30%' untuk Bumiputera tidak dikaji semua. Mengapa tidak diubah kepada 70%?. DEB dikatakan gagal. Nah, sekaranglah masanya untuk berubah. Kita seringkali akur dengan tuntutan bukan Bumiputera tetapi kita menjadi 'koro' untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman [petikan daripada lirik 'anak kecil main api]
Kera di hutan disusui, anak dikendong kelaparan - Aminuddin BakiPada masa orang bukan Melayu mempertikaikan 'Kontrak Sosial' . Maka kita orang Melayu juga perlu mengkaji semula kedudukan dan hak kita. Apakah mereka yang mempertikaikan itu terdiri daripada mereka yang menerima nikmat-nikmat yang diperolehi daripada hak orang Melayu yang sentiasa bersedia merelakannya? Dan sehingga bila kata 'RELA' itu mahu kita pertahankan? Tanyalah kepada bukan Bumiputera apakah hak dan keistimewaan yang ada pada mereka yang telah mereka berikan kepada orang Melayu?
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri [petikan daripada lirik 'anak kecil main api']
Sabtu, 5 Julai 2008
Merenong ke Hadapan
Kerajaan Pak Lah, Kerajaan Najib, Kerajaan Anwar
- Kerajaan 'BN' sudah jadi Barisan Kroni yang bengkang-bengkok
- Kerajaan 'Keadilan' sudah jadi lewat kerana kes liwat
Semakin celaru kotak fikir kita. Bagaimana untuk kita mencari kebenaran?. Semua petunjuk dikelabui oleh hujah yang penuh dengan jerebu. Dalam seminggu banyak yang terbogel oleh kuncikata 'fitnah'. Kita disogok dengan akuan sumpah, dakwaan, tempelak, sindir, dan segala macam hujah-hujah hodoh yang langsung tidak menampakkan kejernihan budi, keikhlasan yang tertitip dari ilmu Islam yang murni, berbudaya dan berakhlak tinggi. Semuanya hilang.
Saya amat terasa bahawa bangsa saya kian berbalam dan dibayangi kelambu kehidupan yang hitam legam. Apakah akhirnya akan hilang satu wangsa yang namanya akan sekali lagi ditipu oleh dalihan sejarah penjajah? Dalang yang menjuarai penjajahan itu adalah bangsa Melayu sendiri. Akankah ia menjadi awan hitam merenjiskan hujan lalu lesu mengalir ke hilir dan di muara yang ternganga ia hilang dimamah arus lautan? Bangsaku. Melayu. Di mana kita kini ?.

Ahad, 22 Jun 2008
Lebih Lagak Dari Gaya
Aku. Seorang lelaki memakai baju melayu bersampinkan songket, bersongkok hitam dan berkasut capal. Mengayuh basikal ke Masjid. Ketika aku sedang menyendengkan basikal semua mata kelihatan seolah-olah berfokus kepada lelaki itu. Aku. Senyum mereka menyebabkan aku berada pada situasi 'kurang selesa' dan terasa sendirian. Salahkah cara aku untuk berjimat patrol hanya berbasikal ke masjid? Sewaktu aku kecil, kira-kira 50 tahun dahulu beginilah aku dan kawan-kawan aku berpakaian ketika berhari raya. Kami berbasikal mengelilingi kampung. Tiada sesiapapun peduli.
Seorang sahabat lama hanya berseluar dan berkemeja T tanpa songkok. Kasut kulit berkilat dipanah mentari rembang, pada jumaat yang sama. Dia berhenti kereta di halaman masjid yang sama tetapi tiada sesiapapun mempedulikannya. Tiada senyuman sinis dan tiada pula angguk-angguk serta geleng-geleng.
Rupanya ilmu dan pengalaman yang kita miliki tidak semuanya boleh kita pergunakan pada hari tua kita. Di hari-hari tua kita, pakaian, basikal, kereta, masjid boleh mengajar kita makna kehidupan dan kemanusiaan. Baju melayu, sampin songket terpaksa di simpan. Aku kembali berpakaian 'baju melayu, berkain pelikat, berketayap dan berselipar jepun'. Aku bebas untuk menaiki apa-apa pun kenderaan dan tiada sesiapapun akan memerhati dan melemparkan senyum sinis. Rupanya aku hanya layak memakai serapi itu untuk majlis Anugerah bintang-bintang. Untuk diterima masyarakat kita perlu kesesuaian dan penyesuaian.
Sahabat. Masihkah kau ingat, kuliah subuh dimasjid kita dulu-dulu, cerita tentang seorang ulama tersohor, berpakaian indah, berjubah putih bersih, dialasi blazer labuh warna hitam direnjisi wangian dan berbasikal ke masjid saban waktu. Masihkah kau ingat kata-kata ini ..."Kalau kita ke majlis diraja kita berpakaian kemas rapi tetapi mengapa ketika kita mengadap Allah, kita tidak sebegitu?". Demikianlah jahilnya kita. Akhirnya , berpadalah, biar kita selesa untuk beribadah daripada kita dihantui oleh senyum sinis disebabkan cara kita berpakaian yang akhirnya kita tidak lagi didampingi kekhosyukan.

Isnin, 16 Jun 2008
Merawat Luka
Perjalanan indah sentiasa dicemari. Puas berusaha untuk membuang gangguan dan igauan. Saya ingin sekali untuk tidak memikirkan rasukan yang menojak emosi ini. Indah rasanya jika langit sentiasa biru. Jika kelabu, kelabunya hanya kabus tipis mengalisi pundak gunung. Hutan belantara menghijau. Selaut sawah terhampar melontar percik sinar mentari bagai intan berkilauan. Jernih air mempamir jernih wajah. Ikan-ikan galak mengusik anak. Masih adakah lagi di perjalanan ini wajah-wajah yang sebegitu?
Aku bosan dengan lori pengangkut sisa buangan berlalu membawa bau yang meloyakan. Sudah tidak ada lagikah lori yang membawa minyak tepu? Mana hilangnya wangian Sena, Melur, Tanjung, Cempaka, Cempa, Jeliti, ... dan di mana? Aku terlalu rindu wangi pagi dan wangi senja. Wangian-wangian itu rupa-rupanya kian hilang tanpa disedari. Ia silih berganti dengan bau asap, bau minyak dan berbaur dengan bau yang terkeluar dari persekitaran berasaskan teknologi. Tercemar.
Patutkah warga tua itu menjadi pemungut sampah? Sungguh sampai hati, kita warga yang bertamadun masih sepi melihat warga seperti itu membanting tulang, memungut, dan mengumpul sisa yang dibuang oleh manusia bertemadun.yang membuang sampah sesuka hati.

Rabu, 4 Jun 2008
Lanskap Melayu Tradisional.
Keinginan meredakan rasa gelisah, gusar, celaru, gundah dan entah apa-apa lagi kerana dihantui oleh jerebu politik negara maka saya merehatkan minda dengan pepondok indah dan seni warisan bangsa yang perlu diasak untuk diminati. Terasa diri diserkupi dengan semak-samun belukar bagaikan hala tuju seakan menghadapi kebuntuan dan kesesatan di rimba. Nah, kita singgah di pepondok ini sekejap untuk istirahat dan santai.

Apabila Harga Minyak Naik
Tersurat
Kiri kanan lebuhraya Sultan Abdul Halim di hadapan rumah kami, kenderaan berbaris panjang. Stesen minyak Petronas dan Shell di Alor Merah sibuk. Hari ini, akhirnya Pak Lah umumkan juga kenaikan harga minyak. Pengumuman ini tetap menjadi sejarah untuk era pemerintahan Pak Lah. Kalau takut 'tidak popular' jangan jadi pemimpin. Lebih baik jadi tukang karut jual ubat di pasar minggu.
Tersirat
Esok pasti para tukang karut akan menaiki pentas. Awak-awak akan berdikir, bertepuk dan goyang ikut tari. Gong dipaku sekuatnya. Rupanya tukang-tukang karut ini tidak pernah insaf dan sedar bahawa panggung telah lama kosong. Penonton tiada. Lebih lucu kalau Pak Lah dan Khairy saling berganti jadi tukang karut dan raja lawak. Nazri Aziz, Zahid Hamidi, Zaid Ibrahim, Anuar Musa, Shabery Cheek, Rafidah Aziz, Ismail Sabri Yaakob dan Mat Taib terus menjadi awak-awak di barisan paling hadapan. Akankah sekali lagi mereka mengulangi sorak sorai yang riuh rendah di sepanjangan perjalanan yang semakin lesu? Minyak patut naik. Harga makanan patut naik. Tambang patut naik. Darah pun turut naik. Yang naik dan yang turun mungkin hanya kapal terbang. Katalah apa pun 'apabila kepercayaan telah terhakis, segala kebaikan hanya dibayangi keraguan dan kejayaan hanya akan menjadi igauan yang kelak tidak dihiraukan lagi'.

Ahad, 1 Jun 2008
Berbahasa 7
Untuk sahabat.Kadangkala saya berasa seperti tiong di sangkar emas. Dibelai dan diusap. Bercakap seharian. Kita berhujah dengan lunaknya bahasa tetapi adakah kita faham yang tersurat dan yang tersirat. Saya takut menjadi sang tiong yang diajar hanya untuk pandai bercakap seperti yang diajar.
Lidah tidak bertulang, kata pun tidak bertapis, bagai air jernih di hulu mengalir laju namun keruhnya beradun di muara.

Langgan:
Catatan (Atom)