Isnin, 29 Ogos 2011

Lesen Demokrasi.



Mat Sabu. Kini dia adalah Timbalan Presiden Pas. Kita tabik kerana dia dipilih untuk buat tranfomasi dalam perjuangan PAS. Usah pertikaikan dulu aliran politik saya. Yang hendak saya ajukan adalah melebalkan orang lain sebagai jahil. Buta sejarah. Sedapnya mulut apabila kita diberi pentas untuk bersuara. Lesen yang diluluskan dalam amalan demokrasi. Saya berkali-kali bertanya adakah Mat Sabu ini seorang pakar sejarah. Yang lebih menyayat hati saya apabila Mat Sabu mengatakan "cikgu yang mengajar kita dulu mohong ". Mat Sabu jadi bijaksana berpidato di Pentas itu rupa-rupanya baka benih didikan para guru-gurunya yang pembohong terutama cikgu 'sejarahnya'. Di sinilah ayat yang mendorong saya menulis kembali tentang 'politik' iaitu ketika saya amat meluat dan jijik dengan sepak terajang orang-orang politik melayu di tanah air kita.

Kalaulah Mat Sabu itu bekas murid saya rasa-rasanya apakah perasaan saya ketika ini. Ketika akhir Ramadhan dan menjelang Aidilfitri. Mat Sabu merdeka untuk bersuara. Tetapi celakalah dia kerana menguris perasaan gurunya dan guru-guru yang sedamg berkhidmat kini. Apakah di kalangan ribuan guru sajarah dahulu dan kini merupakan para siswazah yang dangkal, pak turut, salah landasan, buta perut sehingga tidak seorangpun berfikir seperti pemikiran Mat Sabu. Saya sangat terguris kerana saya pernah belajar dan mengajar sejarah kepada murid-murid saya.

Kerana pulut santan binasa. Kerana santan berlebihan badan binasa. Lemak lunak suara. Senak setanak di hari muka. Amat mudah bertanak dengan bicara tetapi belum tentu masak terhidang mengisi selera. Bukan Salah PAS tetapi PAS dihukum kerana beri bunga kepada kera. Bukan salah kera tetapi salah belacan menjadi selera. Akhirnya bukan salah ibu mengandung. Itulah yang saya rasa. "hati seorang guru".

1 ulasan:

jeragang berkata...

yes cikgu Man.... saya setuju... tapi orang mana nak bahas the hard fact.... orang berminat membangkit perasaan yang membuak2 untuk mencari faedah diri memasing.... pada saya sudah tiada lagi politik perjuangan sekarang yang tinggal politik mengintai peluang........