Rabu, 7 September 2011

UMNO & PAS.

Mengapa tidak UMNO dan mengapa tidak PAS. Mungkin tepat bagi mereka yang taksub melabelkan saya sebagai tidak berprinsip. Sesiapapun boleh berhujah. Amat mudah menuding jari untuk di hala ke mana sahaja yang kita kehendaki. Namun sehingga ke saat ini belum ada yang mampu mengheret saya ke gelanggang mereka. Saya marah UMNO kerana mereka lupa ketika mereka ada kuasa. Terlalu lajak dari laju. Lupa untuk membina bangsa yang kuat Agama dan kuat jati negarabangsa. Berjuang untuk menegakkan bahasa tetapi mencanai hingga menjadi cacamurba. Melayu tidak lagi menjadi penutur tegar sebaliknya berbangga dengan perkongsian bahasa yang semakin bercelaru. Pemimpin sendiri tidak pernah mahu mendaulatkan bahasa kenegaraannya. Kelihatan mirip untuk lebih berbangga kerana berupaya berbahasa Inggeris. Maka berbahasa Inggerislah para pemimpin kita walaupun di carok terpencil pendalaman. Tanpa malu, tanpa rasa bersalah dan tanpa patriotikme.

Saya sangat risis. Pertama kerana identiti bangsa saya melayu/Islam terapung-apung terhembus ke tepian. Setiap projek perumahan dibangunkan maka di situlah terpinggir dan tercicirnya Melayuku. Melayu menjadi minoriti tiba-tiba. Kouta 30% tidak pernah dipenuhi. Dicipta pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan. Akhirnya melayu terpinggir oleh para pentadbir yang dikuasai oleh melayu. Sepatutnya kouta untuk tempat kediaman ialah mengikut majoriti rakyat. Seorang rakyat hanya boleh memiliki sebuah rumah. Memilik lebih daripada sebuah dibenarkan tetapi harga hendaklah dikenakan cukai dan harganya biarlah berganda. Dua atau tiga kali ganda lebih daripada harga asal.

Apa salah PAS? Pas tidak salah apa-apa. Cuma para pemimpin PAS lupa diri. Apabila diberi sedikit kuasa maka ia mula angkuh. Cerca membungakan kata-kata. Hilang identiti Islam. Lunak, lembut, berhemah semakin miskin. Lupa asal usul perjuangan. Mengumnokan orang lain jika ditegur. Mohon maaf tidak sekali-kali. Akhirnya orang melayu membawa diri sendiri, sendiri. Koro kerana tempat bersandar berceragah dengan duri. Ditikam dari setiap sisi oleh bangsa sendiri.

Seorang penyokong tegar PAS mengheret saya ke gelanggang dengan berjela-jela hujah. Saya terima hujahnya tetapi saya tidak dapat menerima amalannya. Kata-kata lebih mudah diucapkan tetapi pembuktian kata-kata memerlukan paparan amali yang nyata.

Bagaimana kalau kami (pengamal politik neutral) melabelkan PAS dan UMNO seperti pintu gol yang dijadikan pintu gerbang. Terhias indah tetapi jalan masuknya tertutup.

Pada PRU-13 kelak, orang-orang seperti kami inilah yang menjadi penghukum atau menjadi pemangsa yang ditelan atau yang menelan. Dua isu yang dipungut untuk diulas sudah bersimpang sior maka bagaimana jadinya jika kita mahu menampil lebih dari itu. Bersimpul. Terurainya tidak juga.

3 ulasan:

jeragang berkata...

bagus tu Pak Man....... kita mesti ada pendirian sendiri orang berparti memang nak promote diri. Mereka selalu ambil jalan kompromi untuk maintain pengaruh dang kuasa... mana ada pejuang sebeno lagi yang ada pencari peluang jer

ManSaari berkata...

Terima kasih Tuan Jeragang. Kita ini ibarat kamera di lampu isyarat. Merakam. Jika baik dan lancar lalu lintas maka sempurnalah perjalanan kita tetapi jadahnya seorang dua "aku punya kereta maka aku punya suka" maka kitalah yang menjadi mangsa. Terima kasih.

jeragang berkata...

Kita sesama tahu begitu hukum alam so kita bendung yang songsang sorang dua bagi lebih pada yang ramai maka tindakan kita berbaloi... nak puashati sema orang serupa mengharap air sungai kita kembali jernih seperti dulu.... imposible