Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Kiat mahu ekuiti 30 peratus bumiputera dalam sektor pengangkutan dikaji semula kerana menganggap ia sistem yang memundurkan.Ulasan mansaari
Utusan Malaysia Online 20/02/09 (soal selidik)
Saya setuju. Benar DEB perlu dikaji. Jika perlu ekuiti untuk Bumiputera sebanyak 30 peratus itu patut disasarkan menjadi 50 peratus atau lebih. Telah 51 tahun kita mencapai kemerdekaan namun impian untuk menyusun semula masyarakat agar memperolehi habuan yang sama patut diutamakan. Agihan kekayaan yang tidak seimbang menjadikan rakyat Malaysia bertelagah hak. Peribumi terabai. Halangan mencapai ekuiti yang adil patut dirombak. Namun jika DEB disanggah semata-mata untuk menafikan hak Bumiputera, ia adalah seruan jahat.
Pemimpin yang berfikir dan bertindak untuk menafikan hak kaum lain demi untuk habuan kaumnya tanpa berpaksi kepada hakikat keadilan perlu ditentang. Sebenarnya, semua kaum ingin hak secara saksama tetapi peluang dan cara janganlah dirompak dan dirampas secara 'balik tabir' demi keuntungan politik. Intipati dalam Perlembagaan Malaysia telah mengariskan 'hukum pandu' dan hala tuju negarabangsa yang sepatutnya diakuri dan difahami. Sebenarnya kira kerap terkeluar landasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan