Komen Mansaari:
1. Apa khabar Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Mudah mendakwa kekelentongan orang lain tetapi tidak mudah menghakis ingatan yang berkekalan akan kekelentongan diri sendiri. Kita tidak berkerat rotan berpatah arang kerana persahabatan tetapi prinsip perjuangan berlandaskan 'lurus dan benar' memisahkan pengkalan dan pelabuhan yang dipilih untuk berlepas ke medan bakti.
2. Akhir 2008 Karpal Singh minta Anwar beri penjelasan apakah pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat terhadap isu 'HUDUD'. Beranikah Anwar ? Kita tunggu cara sahabat saya ini mencari ruang dan waktu untuk mencipta alasan. Apakah pula 'kekelentongannya' kali ini?
2 ulasan:
to mansaari... x kan komentar DSAI tentang hudud yang dah lapuk tu tuan hamba nak jaja sampai sekarang. Apepun hamba bersyukur DSAI sedar akan kesilapannya. Moga Allah memberi petunjuk kapada tuan hamba juga....
Sdr.Izzad.
awalannya dengan terima kasih. Sebagai sahabat seangkatan dengan DSAI saya sangat kecewa dengan liku perjuangannya yang bersimpang sior.
Bukan jaja tetapi ingatan yang sukar dipadam. Saya kecewa kerana dia memilih UMNO pada ketika dia sepatutnya memimpin PAS. Pada ketika dia dibuang dia sepatutnya kembali kepada PAS namun diamenubuhkan Keadilan. Dalam keadilan watak DSAI terlalu jauh bebanding dengan watak pejuang semasa menerajui ABIM.
Tanyalah anggota ABIM yang tegar mengapa DSAI semakin terhakis dari huluran sokongan yang tegar.
Salam dilaluana maya.Terima kasih.
Catat Ulasan