Selasa, 2 April 2013

Peringatan

Amaran untuk DS Najib Razak.  Jangan terlalu melayan Dong Dzong.  Jika tuntutan sekolah satu aliran tidak dipedulikan sehingga kini maka jangan sampai melayu mengamuk. Jangan gadai negarabangsa semata-mata untuk memperolehi undi. Jangan terjerut dengan tangguk di air keroh. Kiranya undi cina masih di takah lama maka tiada sebab tuntutan Dong Dzong mesti dilayan.

Percayalah, melayu akan bangkit jika BN buat kesilapan. Pada situasi politik gelap kelabu kini Dato' Sri jangan tersalah langkah. Demikian juga dengan PR. Kemenangan bukan bererti melayu akan diam jika semuanya mahu digadai. Dalam amalan demokrasi sesiapapun layak menjadi pemerintah tetapi mereka akan terhukum jika silap langkah. Marah dalam diam lebih parah daripada amuk jalanan.

3 ulasan:

jeragang berkata...

Peringatan yang wajar cikgu man... semuga cikgu dirahmati Allah selalu.

ManSaari berkata...

tuan haji Jeragang.
suara kecil dari ulu terpencil. entah didengar entah cicir dan cair.

jeragang berkata...

Takpe cikgu asal kita memperkatakan yang hak, Allah maha mendengar dan boleh memperdengarkan jua. Susahnya ramai yang berlumba mengata bukan nak menegur.....