Rabu, 23 Mei 2012

Terkilan

Saya tetap tegar dengan perjuangan 'melayu'. Apabila Encik Rosli Abdul Rahman seorang ahli parti politik Pas mengherdik saya tentang perbedaan melayu dan Islam. Saya cuba mengelak daripada memberi komentar. Hujahnya menjela-jela dan  lebih menghala kepada 'saya khilaf dalam perjuangan'. Dua tahun sudah berlalu. Hujah saya tidak pernah lari. Saya tidak peduli soal kepartian. Pada saya melayu itulah penting. Saya hujahkan bawa dalam keluarga saya ada 'PAS' dan ada "UMNO'. Saya berada di antara dua kelumpok tersebut.  Alhamdulillah, saya diterima seadanya. Islam agama saya. Hidup dan mati adalah Islam. Di Malaysia, untuk menjadi melayu dia mestilah Islam dan beradat resam melayu. Kita bukan bumiputra. Bumiputra berkemungkinan bukan Islam. Melayu dalam konteks perlembagaan persekutuan adalah Islam. Untuk itu terserah kepada kita untuk menjatidirikan diri kita dan anak isteri kita kepada pendidikan Islam tanpa anutan kepartian.

1984 dan tahun-taun berikutnya, semasa itu saya masih menjadi guru di STAR mergong, saya sedih kerana setiap tahun ramai penerima anugerah kecemerlangan adalah pelajar bukan melayu. Pelajar melayu berada dalam kelompok sebagai penerima hadiah dalam subjek Bahasa Melayu, Kesusanteraan Melayu, sejarah  dan Pendidikan Islam. Subjek matematik, sains, perdagangan, geografi, dan Bahasa Inggeris hampir saban tahun dimonopoli oleh pelajar bukan melayu. Mengapa hal begini berlaku.

Kemiskinan adalah punca utama. Anak melayu terpaksa berjuangan dalam kelompok kemiskinan. Kekurangan buku. Kekurangan sara persekolahan. Kekurangan motivasi. Kekurangan kesedaran hala tuju. Murid melayu sanggup buat apa sahaja tugasan untuk sesuap nasi. Baju dan kasut sekolah comot. Hanya memiliki  sepasang baju untuk hadir sesi persekolahannya. Persekitaran pembelajaran yang suram ketika di rumah. Kemudahan tempat belajar yang rata-rata hampir tiada sama sekali. Membaca dan telaah dengan beralaskan bantal. Melayu miskin. Untuk itulah perjuangan saya abadi dengan Melayu. Kejayaan melayu adalah kejayaan untuk Islam. Punah melayu maka kehancuranan akan menimpa umat Islam di Malaysia. Tetapi laluan perjalanan hidup kita kini mempamerkan perpecahan umat melayu. Kita seanutan dalam Islam tetapi kita bercerai berai sesama melayu.




2 ulasan:

Unknown berkata...

Kekal Untung Dalam Trading Forex - Trading Automatik - http://bit.ly/LcE76W


Kuasai Pemasaran FaceBook Automatik 24 Jam Sehari Menggunakan Kuasa Robot - http://bit.ly/KfXnWt


Info Kelebihan Perlaburan Dengan Emas Dan Perak Disini - http://bit.ly/MRarCg


Pendedahan Rahsia Perniagaan, Lengkap Dengan Teknik Pemasaran dan Resipi Rahsia Untuk Menjana Pendapatan Dengan Kuih Raya - http://bit.ly/KDe2De


Atasi masalah-masalah utama menggunakan PayPal dan automatikkan perniagaan Internet anda. Rahsia PayPal terbongkar dengan panduan video eksklusif. - http://bit.ly/KDmQJ5


Ketahui Rahsia serta Teknik Praktikal dan Berkesan Untuk Menguasai Bahasa Arab. - http://bit.ly/K5a0Ch


Strategi pemasaran emel dan teknik menjana duit online secara automatik melalui autresponder dan email marketing - http://bit.ly/MlFYdc


Panduan Pembuatan Dan Perniagaan Cupcake Dari Rumah - http://bit.ly/MnnZmC

Rezal berkata...

skrg ngajar mana? saya guru star 2007-2012, menarik blog ni sila lawat rezalstar.blogspot