Rabu, 21 Disember 2011

Masa Itu Telah Berlalu.

Hampir 20 tahun dahulu Intan Mahfuzah petah berpantun di Pentas Konvo Tabika Kemas Kampong Berjaya. Rupa-rupanya keberanian itu diwarisi ke dunianya kini. Uniknya puteriku ini adalah dia boleh berlagak seperti lancar membaca tetapi hakikatnya dia masih bertatih dan pada tahap eja mengeja. Dengan selambar kertas di tangan dia dengan penuh yakin menbaca. Saya dan isteri kepucatan di bangku duduk, penuh gelisah dengan peluh dingin merenek di dahi. Memang cemas, manalah tahu kalau-kalau dia hilang punca menggelabah di tengah pentas dengan disaksikan oleh ratusan ibu bapa yang hadir.

kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
kalau ada silap dan salah
ajarkanlah kami sekali lagi

kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
Tunas muda membuat salah
asuhlah kami berbudi perkerti

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami anak baru belajar
kiranya salah pohon tunjukkan

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami anak ingin belajar
Lafas alhamdulillah kami hulurkan

Surung papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
suruh makan kami makan
suruh mengaji kami berguru

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
kami anak baru belajar
segala silap buangkan di hati

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
ilmumu guru dibawa mati.

Terima kasih cikgu
terima kasih ibu
terima kasih ayah.





2 ulasan:

FuzAma berkata...

cacerhehehehee...rupanya banyak pantun..kak cuma ingat pantun buah cempedak saja...masih ingat lagi masa abah panggil suruh baca pantun (hafal) masa abah tengah taip skrip ucapan mungkin...

leematsan berkata...

Sakan hang Man.

Leematsan.