Sabtu, 3 Mei 2008

Berbahasa 6

Sebagai rakyat biasa saya terkedu menonton perbahasan ahli-ahli 'Yang Berhormat' untuk Persidangan Pertama 'Perlimen' Malaysia sesudah pilihanraya ke 12. Pemimpinkah itu? Itukah di antara pemimpin-pemimpin yang saya pilih?
Di mana Budi? Di mana Pekerti? Di mana Gaya? Di mana Bahasa?. Siapakah guru? Siapakah ibu bapa? Siapa pengasuh? Siapa pendidik? Inikah contoh bangsa yang berbudaya? Santunnya telah hilang, bahasanya bahasa songsang dan jalang. Jika masih ada seorang guru, yang masih hidup dan menonton telatah ahli-ahli 'Yang Berhormat' maka gagallah guru itu mendidik muridnya. Lebih malang jika ada ibu bapa kepada 'Yang Berhormat" melihat anaknya berucap dan berbahas. Berbanggakah?
Ketika di sekolah dan Institiut Pengajian Tinggi kita dilatih tentang tatacara berbahas, patuh kepada aturan, dan syarat. Berfokuskan fakta dan disokong dengan contoh yang meyakinkan. Amat malang jika pendidikan ini tidak berupaya mendidik mereka untuk dijadi amalan sebahagian 'Ahli Yang Berhormat' di Parlimen yang mulia.
Saya rasa terhina menonton siaran langsung tersebut kerana aksi Ahli-ahli 'Yang Berhormat' itu sama sahaja dengan aksi para pelakon pergaduhan dalam tayangan filem. Kita perlu menuju ke arah persidangan Parlimen yang berdaulat, berpelembagaan dan bertatasusila. Ahli-ahli 'Yang Berhormat' perlu menguasai bahasa berbudaya tinggi , kesantunan dan harmoni biarpun perlu disusuli dengan hujah yang tegas. Hujah tegas menjadi hina jika disusuli dengan bahasa berbudaya rendah. Selamat bersidang.

1 ulasan:

tali belati berkata...

kalau awak nak tau itu lah pembangkang namanya. tahap pemikiran pembangkang malaysia setakat itu sahaja dan itulah kehendak dan jengkal pemikiran rakyat jelata kerana itu depa menang kerana pandai bangkang kerajaan tak kira apa motifnya syarat kena bangkang. tahniah kepada penyokong pembangkang