Rabu, 30 Julai 2008

Salam Isra Mikraj

Seluruhan Setiakawan Islam. Selamat menyambut Israk Mikraj. Hidup ini jangan sekadar bersandarkan kepada faktor logika semata-mata. Kuasa daripada yang Maha Kuasa akan berupaya menentukan segala kehendak-Nya. Hanya hamba-Nya yang taat patuh sahaja yang akan sentiasa insaf akan kekerdilan diri dalam menyusuri arus kehidupan. Perjuangan demi Islam pasti diteruskan.

Penghinaan

'Malaysia Today' hina Islam bukan hina PAS

Apa pun fahaman politik kita namun apa-apa yang disogok oleh media maya atas dasar penghinaan tetap ditentang. Perilaku 'Malaysia Today' amat jalang dengan menyiarkan gambar berlambangkan simbol PAS. Dalang penghinaan itu adalah musuh Islam. Umat Islam yang peka dengan unsur-unsur hasutan yang terarah kepada penghinaan sebegini patut bangun memprotes.

Niat jahat Kafir Harbi itu dapat ditafsiri dengan tersisipnya slogan 'UNDILAH PAS PARTAI AJARAN SYAITAN'.

Segala yang sengaja dicetus oleh musuh Islam akhir-akhir ini adalah kerana kita mula terarah kepada penyatuan dan penggabungan demi Islam. Demikian kesan dan hebatnya muzakarah PAS dan Umno. Saya tetap bangga atas pengorbanan dan perjuangan para pemimpin Islam. Teruskan.

Ahad, 27 Julai 2008

Parti Ikhwan Muslimin Malaysia.

20 Julai 2008 saya telah menyarankan dalam blog ini atas judul 'Impian Bangsa' agar UMNO dan Pas dibubarkan untuk menjenamakan sebuah parti siasah baru yang mewakili umat Islam seMalaysia. Tiba-tiba semalam TG Dato' Nik Aziz membuat pandangan yang sama. Jika ia menjadi realiti maka ketuanan melayu berteraskan Islam akan mudah diurus dan terpelihara. Ugut dan gertak etnik lainnya akan berkurangan. Kita akan lebih gagah. Namun itu sahaja tidak mencukupi jika intipati ajaran Islam masih terdapat ketidakpatuhan. Masih ada rasuah. Fitnah. Dusta. Salah guna kuasa. Kroni. Bongkak. Sombong. Jahil. Pekerti songsang. Bahasa berbudaya rendah. Kita perlu pemimpin berwatak Islam, plot perjalanan kepimpinannya juga Islam. Bahasanya bahasa cerminan Islam. Urustadbirnya Islam.

Demi umat Islam dan Umat Melayu kita patut memikirkan betapa PR12 yang lepas kaum bukan Melayu menidakkan sokongan dengan bersatu menolak BN. Sedangkan orang Melayu berpecah undi kepada BN, PAS dan Keadilan. Peristiwa yang berurutan dengan hasil PR12 itu amat melukakan. Kita jangan leka berbangga dengan budi kerana budi dan jasa tidak lagi akan dikenang. Kita mesti berpegang kepada hakikat bahawa kita menang kitalah berkuasa dan kiranya kalah kita mesti menyerah. Ingatlah bahawa sesiapa yang memperolehi kemenangan maka dialah yang berhak mencorakkan hala tuju negara. Pada masa itu tiada lagi 'Kontrak Sosial' dan tiada lagi jalan pulang yang masih terbuka. Melayu Malaysia akan hilang dari peta yang dilukiskannya sejak dahulu kala. Sejarah akan diubah. Keistimewaan akan menjadi kenangan.
Warisan dipadam. Air mata terendam manakala syiar Islam tenggelam bersama kesuraman.

Janganlah hingga ke takah itu baru kita terjaga dari mimpi ngeri. Selamat berjuang.

Rabu, 23 Julai 2008

Mercedes Untuk Penyu

Ikut analisis MB Terangganu kenderaan Proton Perdana V6 yang menjadi kenderaan rasmi VIP sejak pada zaman Tun Dr Mahathir memerintah adalah 'kenderaan yang tidak ekonomik, kos penyelenggaraannya tinggi, sering rosak, tidak lasak untuk kegunaan jarak jauh. Demikianlah cara rakyat diperbodohkan semata-mata untuk menghalalkan pembelian 'Mercedes Benz' .

Kesimpulannya Pak Lah, Najib, dan para Menteri Malaysia adalah 'jahil' kerana masih menggunakan 'Perdana V6' yang cepat rosak, dan tidak lagi sesuai. Ertinya kereta buatan Malaysia itu tidak berkualiti. Rendah mutunya. Nah siapa 'yang menidakkan kualiti' barangan buatan Malaysia kalau tidak para pemimpin kita sendiri? Inikah pemimpin yang kita pilih? Pemimpin yang menggadai maruah negarabangsanya. Pemimpin yang menidakkan keupayaan dan kepakaran anak bangsa. Saya amat malu untuk mengakui pemimpin seperti ini. Tidak hairanlah kalau dalam masa terdekat Proton Perdana V6 tidak laku di pasaran.

Mencari yang tersirat.

Apakah sama antara penyu dengan kura-kura? Penyu seringkali kelihatan menangis ketika bertelur. Kuantiti telur juga melebihi berkali ganda jika dibandingkan dengan kura-kura. Penyu bertelur di pantai bersih dan berenang ke laut terbuka. Kura-kura bertelur di pinggir belukar dan bergerak juga ke belukar atau terjun ke paya. Kura-kura merangkak atau berhenti untuk menyembunyikan kepala. Saya termangu kerana tiba-tiba kura-kura bertukar menjadi penyu.
Kura-kura merangkak perlahan sama seperti dahulu kala. Saya tertanya-tanya mampukah kura-kura berlepas ke laut bebas menjadi sang penyu. Tidak menghairankan kiranya kura-kura mulai melihat kapal bukan lagi biduk. Dia sudah di lautan bukan lagi di paya dan di rimba. Dia lupa bahawa dia adalah generasi kura-kura yang masih merangkak dan masih menyembunyikan kepala kerana dia sering dipijak namun tok kura-kura sudah lupa dan ingin juga menjadi penyu biar pun digelar 'dungu'.

Ahad, 20 Julai 2008

Impian Bangsa

Ramai pengulas blog membuat komen pro dan kontra terhadap isu muzakarah Umno dengan PAS. Bagi saya amat mudah. Kita tidak perlu bersengketa. Kita bubar sahaja Umno dan kita juga turut membubarkan PAS. Kita Tubuh parti berjenama baru untuk orang melayu. Ahlinya terdiri daripada orang Umno dan orang PAS. Termasuk melayu profesional. Jom kita adakan pilihan raya untuk orang Melayu memilih pemimpin. Semua pemimpim PAS dan Pemimpin Umno, pemimpin Keadilan diminta bertanding. Calon yang memperolehi undi terbanyak dipilih menjadi Presiden dan diikuti dengan pengisian jawatan-jawatan seterusnya. Juga tentunya berdasarkan undi teratas.

Tak salah kalau Nik Aziz dipilih jadi PM, Muhyiddin Yasin-TPM, Haji Hadi-KDN, Wan Azizah-Menteri Kesihatan, Idris Jala-Menteri Kewangan dan lain-lain. Najib di mana? Najib kalah dan mendapat jumlah undi terkebelakang. Dia pengecut. Kemungkinan itulah sebab dia tidak memperolehi undi terbanyak dan tidak dipilih jadi pemimpin.

Nah, tak perlu muzakarah kepartian. Muzakarahlah tentang halatuju umat Islam dan orang Melayu. Tiada timbul lagi isu kafir mengkafir, tuduh menuduh, tidak perlu demontrasi jalanan,
dan uruslah negara dengan muafakat.

Lantiklah Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Abdullah, Najib, Musa Hitam, Hassan Ali, Khalid Ibrahim, Harun Din dan lain-lain sebagai Penasihat Tertinggi Kepimpinan Melayu.

Selasa, 15 Julai 2008

Menjunjung Duli

Daulat Tuanku. Patik menjunjung kasih sempena Jubli Emas Ke Bawah Duli Tuanku.
15 Julai 2008. Moga sihat sejahtera bertakhta.

Warna 2

Ketua Pengarah Imigresen dan Timbalannya dan ada lagi orang-orang yang akan disiasat BPR.
Apa dah jadi kepada Jabatan Imegresen. Benar, mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bahawa mereka bersalah. Benar belaka. TETAPI apa dah jadi dengan susur galur pentadbiran negaraku yang tercinta ini? Tidak pernah terjadi pegawai-pegawai atasan untuk satu jabatan di reman dan disoal siasat BPR. Mengapa semua ini terjadi pada era pentadbiran DSAAB? Kelabu. (warna yang tidak tersenarai)
masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang
[anak kecil main api']
Analisis Warna 2

2010 adalah jangka masa yang penuh warna warni. Pak Lah! Segeralah serah.
'Benar atau Tidak?' Jika sekali kita sudah tidak dipercayai maka untuk meminta kita diyakini semula adalah seperti warna putih yang cuba memadam warna hitam yang sentiasa cair. Tetap kelabu!

Warna 1

Ambilkan enam keping kad berlainan warna. Putih, kuning, merah, hijau, biru, hitam. Letakkan kad berwarna itu di meja terbuka. Ajukan kepada anak-anak. Suruh mereka buat pilihan. Catatkan warna pilihan mereka pada hari tersebut. Keesokannya ulangi aktiviti yang sama dan catatkan warna yang dipilih. Ulangi pada hari-hari berikutnya .

Nah, mari kita analisis aktiviti anak-anak kita!
1. Adakah pada saban hari dia akan memilih warna yang sama?
2. Adakah pada saban hari dia sering bertukar warna?
3. Adakah pada hari-hari berikutnya dia hanya pilih dua warna berselang seli?
4. Apakah warna yang paling banyak menjadi pilihannya?
5. Apakah warna yang langsung tidak menjadi pilihannya?
Itulah watak-watak dalam kehidupan.
Itulah plot politik Malaysia.
Itulah sinopsis perjalanan suka duka bangsa Melayu

Generasi yang tidak lagi tahu akan warna untuk kehidupannya
Generasi yang bercelaru dengan warna-warna kehidupannya
Generasi yang tidak kesah pada warna yang kelak akan mencorengi bangsa dan negaranya.

Sedih.
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri [anak kecil main api]

Khamis, 10 Julai 2008

Merenong Ke Hadapan 2

Sedih. Biasiswa anak Melayu untuk belajar di luar negara dikurangkan 35%. Baki hanya tinggal 55%. Hak mutlak kita selama ini ialah 90%. YB Nazri Aziz bangga bongkak mengumumkan isu ini di Parlimen.
Biasiswa kepada pelajar bukan Bumiputera untuk belajar ke luar negara dinaikkan dari 10% kepada 45%
Demikianlah kita jika ada kuasa yang berbaki tetapi tidak bertindak seperti anak jantan. Saya tertanya-tanya dan ternanti-nanti apakah komen YB Hishamuddin. Apa reaksi pemuda Umno? Pejuang bangsa konon. Mana hilangnya kata-kata? (sambil keris dijulang) "Jangan sesiapa mencabar hak orang Melayu!!" Nah, sekarang kenapa 'meloko'?!

Di Perak. Pun dengan bangga diumumkan pemberian hak milik tanah untuk jangka masa 999 tahun. Kepada siapa? Kuasa meluluskan adalah kuasa MB selaku Pengerusi Majlis Tindakan Tanah Negeri. Kita boleh menjawab dengan angkuh sekarang tetapi kita akan dihukum pada masa akan datang atas kegilaan kita menggunakan kuasa. Itu belum tahu hukuman di akhirat. Amanah umat Melayu dan amanah umat Islam.
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman [petikan daripada lirik 'anak kecil main api]
DEB telah lama melewati pelaksanaannya. Apabila ia disemak, dikaji, maka tindakan yang diambil semuanya merugikan bangsa Melayu. Mengapa dasar 'pemilikan 30%' untuk Bumiputera tidak dikaji semua. Mengapa tidak diubah kepada 70%?. DEB dikatakan gagal. Nah, sekaranglah masanya untuk berubah. Kita seringkali akur dengan tuntutan bukan Bumiputera tetapi kita menjadi 'koro' untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Kera di hutan disusui, anak dikendong kelaparan - Aminuddin Baki
Pada masa orang bukan Melayu mempertikaikan 'Kontrak Sosial' . Maka kita orang Melayu juga perlu mengkaji semula kedudukan dan hak kita. Apakah mereka yang mempertikaikan itu terdiri daripada mereka yang menerima nikmat-nikmat yang diperolehi daripada hak orang Melayu yang sentiasa bersedia merelakannya? Dan sehingga bila kata 'RELA' itu mahu kita pertahankan? Tanyalah kepada bukan Bumiputera apakah hak dan keistimewaan yang ada pada mereka yang telah mereka berikan kepada orang Melayu?
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri [petikan daripada lirik 'anak kecil main api']

Sabtu, 5 Julai 2008

Merenong ke Hadapan

Kerajaan Pak Lah, Kerajaan Najib, Kerajaan Anwar
- Kerajaan 'BN' sudah jadi Barisan Kroni yang bengkang-bengkok
- Kerajaan 'Keadilan' sudah jadi lewat kerana kes liwat

Semakin celaru kotak fikir kita. Bagaimana untuk kita mencari kebenaran?. Semua petunjuk dikelabui oleh hujah yang penuh dengan jerebu. Dalam seminggu banyak yang terbogel oleh kuncikata 'fitnah'. Kita disogok dengan akuan sumpah, dakwaan, tempelak, sindir, dan segala macam hujah-hujah hodoh yang langsung tidak menampakkan kejernihan budi, keikhlasan yang tertitip dari ilmu Islam yang murni, berbudaya dan berakhlak tinggi. Semuanya hilang.

Saya amat terasa bahawa bangsa saya kian berbalam dan dibayangi kelambu kehidupan yang hitam legam. Apakah akhirnya akan hilang satu wangsa yang namanya akan sekali lagi ditipu oleh dalihan sejarah penjajah? Dalang yang menjuarai penjajahan itu adalah bangsa Melayu sendiri. Akankah ia menjadi awan hitam merenjiskan hujan lalu lesu mengalir ke hilir dan di muara yang ternganga ia hilang dimamah arus lautan? Bangsaku. Melayu. Di mana kita kini ?.