Rabu, 28 Mei 2008

Anak Kecil Main Api

Sesekali marilah kita menyanyi. Ramai yang pernah menyanyikan lagu ini dan mungkin akan terus menyanyi. Dengan menyanyi memanglah tidak akan menyelesaikan masalah tetapi setidak-tidaknya dapat juga melegakan kekalutan yang merejam hati dan menujah diri. Terkenang Dr. Nordin Kardi. Igauan telah teranyam menjadi hamparan mimpi yang ngeri.

Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalail teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

Khamis, 22 Mei 2008

Kekalutan Di Negaraku.

Para Peminpin Tertinggi UMNO kini memberi ulasan sombong bahawa ahli-ahlinya tetap akan setia. Tiada yang akan mengikuri Tun Mahadhir. Sebenarnya mereka lupa bahawa proses keluar parti secara beramai-ramai akan berlaku selepas selesai Proses Pemilihan kepimpinan nanti. Sekiranya mereka keluar sekarang, bererti hilanglah kuasa memilih. Yang tidak keluar parti adalah tunggul-tunggul gerigis yang dipacak untuk mengundi Pak Lah. Khaiary dan menteri-menterinya, yang dahulunya pernah keluar parti menyertai Semangat 46,

Tun sendiri sedar bahawa ini adalah salah satu strategi penyokongnya termasuk anaknya Dato' Mukhris yang akan melawan arus. Kerana kesedaran inilah mereka masih dalam UMNO. Pun begitu para Pemimpin di atas mungkin lupa bahawa proses senyap beginilah yang menafikan kemenangan BN dalam PRU12 yang lalu. Jangan lihat itik di permukaan air sepintas lalu, yang kelihatan tenang dan bersahaja tetapi lihatlah di bawah permukaan air pula, kita akan dapati betapa kalutnya kaki sang itik mengayuh dan menggapai.

Menteri Pelajaran di Negaraku

Gara-gara sidang media Datuk Mukhriz berkaitan pendiriannya dalam Umno, Hishamuddin melatah lagi. Selesai kes hunus keris, kali ini beliau nak hunus apa pula? Saya tersenyum kerana saya jangka ada jawapan yang kurang enak di penghujungnya. Tutup bab.

Melatah juga Menteri Pelajaran kita. Dengan suara penuh emosi. Dia lupa falsafah pendidikan negara. Tak seimbang nampak? Kenapa ya? Kalaulah guru-guru ada kuasa, agak-agak apa tindakan yang akan diambil terhadap Hishammuddin? Londeh?

Kemungkinan Mukhriz dipecat memang dijangka. Ertinya tersekatlah musuh kepada konco-konco Pak Lah + KJ yang ingin mengambil tempat Ketua Pemuda. Tangguk di air keruh. Bila ikan jerung masuk jaring, ikan bilis main 'tom tom bak mak yong dedek'.

Selasa, 20 Mei 2008

Pemimpin 3

Tun Mahathir Berpisah dari Umno
Kadang-kadang disediakan tangga untuk naik
Jarang-jarang disediakan tangga untuk turun

Jarang-jarang dipesan untuk turun
Kadang-kadang diseru untuk naik

Kadang-kadang berkias ibarat tak faham-faham
Jarang-jarang dipukul dirotan untuk menjadi faham

Jarang-jarang ada yang berani menentang arus
Kadang-kadang ada yang penakut bertali arus

Kadang-kadang ada kawan menjadi lawan
Jarang-jarang ada kawan menjadi kawan

DSAAB.
Ada masa kita naik tangga tetapi ada masa kita kena turun tangga
Kena faham apabila disindir dan jangan sampai dipukul dirotan
Jadi ketua ada pengikut tapi bukan ikut kawan makan kawan
Demi kepentingan
Sekali terpijak arang sepanjang jalan bertapak hitam
Lumpur terpalit boleh dibersihkan
Tetapi hanyirnya berkekalan dan berpanjangan

Jumaat, 16 Mei 2008

Selamat Hari Guru


Terima kasih cikgu. "Guru Cemerlang Negara Terbilang"


Guru O Guru


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG 1979

Rabu, 7 Mei 2008

Pesan Guru

Khas kepada YB Ahmad Kassim, ahli Parlimen Kuala Kedah.
Menulis seperti YB
Membaca seperti YB
Berhemah seperti YB
Berhujah seperti YB
Bertutur seperti YB
Berucap seperti YB
Makan seperti YB
Duduk seperti YB
Berdiri seperti YB
Bersalam seperti YB
Bersila seperti YB
Berlangkah seperti YB
Berlompat seperti YB
Berjalan seperti YB
Berlari seperti YB
Berkempen seperti YB
Bertepuk seperti YB
Senyum seperti YB
Ketawa seperti YB
Tidur seperti YB
Bangun seperti YB
Berpakaian seperti YB
Santun seperti YB
Pekerti seperti YB
Budi seperti YB
Bahasa seperti YB
YB semestinya seperti YB
Selamat Bersidang.

Sabtu, 3 Mei 2008

Berbahasa 6

Sebagai rakyat biasa saya terkedu menonton perbahasan ahli-ahli 'Yang Berhormat' untuk Persidangan Pertama 'Perlimen' Malaysia sesudah pilihanraya ke 12. Pemimpinkah itu? Itukah di antara pemimpin-pemimpin yang saya pilih?
Di mana Budi? Di mana Pekerti? Di mana Gaya? Di mana Bahasa?. Siapakah guru? Siapakah ibu bapa? Siapa pengasuh? Siapa pendidik? Inikah contoh bangsa yang berbudaya? Santunnya telah hilang, bahasanya bahasa songsang dan jalang. Jika masih ada seorang guru, yang masih hidup dan menonton telatah ahli-ahli 'Yang Berhormat' maka gagallah guru itu mendidik muridnya. Lebih malang jika ada ibu bapa kepada 'Yang Berhormat" melihat anaknya berucap dan berbahas. Berbanggakah?
Ketika di sekolah dan Institiut Pengajian Tinggi kita dilatih tentang tatacara berbahas, patuh kepada aturan, dan syarat. Berfokuskan fakta dan disokong dengan contoh yang meyakinkan. Amat malang jika pendidikan ini tidak berupaya mendidik mereka untuk dijadi amalan sebahagian 'Ahli Yang Berhormat' di Parlimen yang mulia.
Saya rasa terhina menonton siaran langsung tersebut kerana aksi Ahli-ahli 'Yang Berhormat' itu sama sahaja dengan aksi para pelakon pergaduhan dalam tayangan filem. Kita perlu menuju ke arah persidangan Parlimen yang berdaulat, berpelembagaan dan bertatasusila. Ahli-ahli 'Yang Berhormat' perlu menguasai bahasa berbudaya tinggi , kesantunan dan harmoni biarpun perlu disusuli dengan hujah yang tegas. Hujah tegas menjadi hina jika disusuli dengan bahasa berbudaya rendah. Selamat bersidang.

Kemewahan

Ketika mewah kita selalu lupa dan lalai. Makanan pun kita pijak.

Pemimpin

Burung pun akur kepada ketuanya.